18+ | Please play responsibly | Terms and Conditions apply | Commercial Content

Pertaruhan Fantasi Dota 2 | Cara Dan Platform Untuk Bermain

Anda boleh mendekati pemain-pemain profesional Dota dengan lebih dekat melalui permainan fantasi Dota 2. Jika anda juga ingin bertaruh pada Dota 2, kami menyediakan sumber sempurna untuk pemula. Terokai petua-petua asasi untuk pertaruhan fantasi, termasuk cara mencari platform pertaruhan terbaik Dota 2.

Mengenali Pertaruhan Fantasi Dota 2

Pada pendapat kami, pertaruhan fantasi esukan adalah cara terbaik untuk berhubung dengan pemain-pemain esukan kegemaran anda. Seperti judul-judul lain, fantasi Dota 2 membenarkan anda untuk memilih pemain-pemain profesional yang bakal hadir dalam suatu kejohanan Dota. Sepanjang kejohanan berlangsung, pasukan yang anda bina akan menerima mata bergantung kepada prestasi pemain-pemain tersebut.

Antara cara untuk menyumbang kepada mata adalah dengan melakukan pembunuhan (kills), bantuan (assists), dan memenangi suatu perlawanan. Di hujung kejohanan tersebut, pasukan binaan, ataupun draft, yang mengumpul mata tertinggi akan dinobatkan pemenang. Berapa ramai peserta bakal menerima hadiah adalah bergantung kepada penganjur atau platform pilihan anda.

Fantasi Dota 2

Mod Fantasi Dota 2 Utama: Pasaran Terhangat

Terdapat pelbagai cara untuk bermain fantasi bagi judul MOBA popular ini, namun ia tidak sama sekali seperti pasaran pertaruhan Dota 2. Permainan fantasi bukannya terhad kepada memilih barisan pemain dan menonton bagaimana mereka beraksi. Anda boleh temui mod unik seperti Dota 2 Classic, Dota 2 Showdown, dan Compendium.

Dota Classic Mode

Dalam mod klasik, barisan pemain anda terdiri daripada tujuh slot. Namun, anda tidak dapat memilih semua ketujuh-tujuh pemain daripada pasukan terbaik dalam kejohanan. Setiap draft akan dihadkan kepada empat pemain daripada satu pasukan yang sama. Sebagai contoh, anda mungkin boleh buat draf dota 2 dengan empat pemain dari pasukan Team Spirit dan tiga pemain dari pasukan Evil Geniuses.

Selain itu, dalam komposisi 7 pemain tersebut, anda perlu mempunyai:

  • 1 Kapten (Captain).
  • 3 Teras (Cores).
  • 2 Sokongan (Supports).
  • 1 Mid.

Kebiasaannya, posisi kapten akan mendapat gandaan mata sebanyak 1.5. Oleh itu, kami sarankan anda untuk memilih pemain pembawa yang kuat. Walau bagaimanapun, anda hanya diberi dana maya $50,000 dan pemain yang bernilai akan mempunyai kos yang lagi tinggi.

Dota Showdown Mode

Secara am, mod showdown mempunyai objektif yang sama dengan mod klasik. Perbezaan utama mod ini adalah barisan pemain yang terdiri daripada hanya empat slot. Untuk menambahkan cabaran pada mod ini, anda perlu mempunyai komposisi draft Dota 2 sekurang-kurangnya daripada dua pasukan yang berbeza.

Di samping itu, mod judi Dota ini juga mempunyai fungsi yang unik. Anda boleh memilih dua kapten, bermakna anda dapat memanfaatkan gandaan 1.5 sebanyak dua kali. Bakian dua posisi lain pula adalah fleksibel, jadi anda bebas untuk memilih mana-mana posisi kecuali kapten.

Dota Compendium Mode

Mod Compendium ini adalah lagi unik daripada kedua-dua pasaran yang kami telah sebutkan. Anda tidak dihadkan kepada dana maya, namun pasukan anda akan terdiri daripada membuka pek kad dagangan (TCG). Kami dapati bahawa sistem yang seolah-olah permainan TCG ini adalah sangat intuitif kerana anda boleh menerima pek kad melalui kenaikan level atau pembelian dalam sistem Compendium.

Penjelasan Sistem Pemarkahan Fantasi Dota 2

Kami telah sebutkan tentang sistem penjanaan mata melalui kills, assists, dan juga gandaan posisi kapten. Apa yang membuatkan format judi Dota 2 ini kegemaran ramai adalah kerumitan yang terdapat dalam permainan tersebut. Terdapat lebih daripada statistik KDA untuk menjana mata dalam fantasi Dota 2. Sila rujuk senarai dibawah, namun maklumat tertakluk kepada perubahan.

  • Kill (0.3 mata) – Penyumbang utama untuk tingkatkan Dota 2 rank anda.
  • Death (-0.3 mata) – Sebarang kematian akan buat anda hilang mata.
  • Assist (0.15 mata) – Walaupun tidak sebanyak kill, berbilang Heroes boleh terimanya.
  • Last Hit (0.003 mata)
  • Gold per Minute/GPM (0.002 mata)
  • XP per Minute (0.002 mata)
  • Enemy Stunned per Second (0.07 mata)
  • 100 Allied Healing (0.04 mata)
  • Tower (1 mata)
  • Roshan (1 mata)
  • First Blood (3 mata)

Maklumat tersebut adalah rasmi, diberikan oleh pembangun judul tersebut. Namun, setiap platform fantasi draft Dota 2 mempunyai sistem masing-masing dan mungkin tidak mengikut pemarkahan di atas.

Cara Buat Draf Fantasi MOBA

Disebabkan permainan fantasi Dota 2 mempunyai pelbagai mod, membina pasukan yang ideal memerlukan strategi yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, kami telah sediakan panduan umum yang boleh disesuaikan dalam mana-mana mod pilihan anda.

Teras (Core)

Kebiasaannya, pemain-pemain posisi teras akan mendapat statistik tinggi untuk GPM, pembunuhan Roshan, penghancuran Tower, dan mana-mana terlibat dengan pembawa. Maka, dengan ilmu ini, kami sentiasa sarankan kepada peserta pertaruhan Dota 2 fantasi untuk memilih pemain pasukan teratas. Antara saranan kami adalah pemain-pemain dari pasukan Team Spirit, Team Liquid, dan juga LGD Gaming.

Sokongan (Support)

Pemain posisi sokongan juga memainkan peranan besar dalam pasukan draf fantasi anda. Dengan kata lain, mereka adalah maestro yang membantu pembawa dalam suatu perlawanan.

Oleh itu, kami sarankan anda untuk melihat statistik seperti stun, peletakan Wards, pengambilan Lotus, dan lain-lain. Pemilihan antara sokongan yang aggresif dan pasif juga memainkan peranan yang penting kerana sementara mata Assist dapat dijana, Death juga mengikuti corak yang lebih agresif.

Mid

Peranan pemain mid mungkin bertindih dengan beberapa pemain sokongan dan teras. Ini kerana peranan utama mereka adalah untuk mengekalkan tekanan pada pihak lawan. Dalam memberi tekanan, pemain boleh cuba mengejar Kills, menolak askar-askar Creeps, dan juga membunuh Roshan.

Jika anda keliru, kami sarankan untuk memilih pemain yang holistik ataupun dengan mata purata yang tinggi. Namun, antara pemain mid ternama adalah daripada pasukan Tundra Esports, Shopify Rebellion, dan juga LGD Gaming.

Cara Buat Draf Fantasi MOBA

Memilih Platform Perjudian Dota 2 Terbaik

Pertaruhan esukan semakin menular di benua Asia, menjadikannya lebih mudah untuk diakses. Namun, anda haruslah memilih platform yang menyediakan kemungkinan yang kompetitif, antara muka yang mesra, serta fungsi-fungsi berguna seperti penstriman langsung. Berikut adalah senarai laman pertaruhan terbaik yang kami syorkan.

1
bet365 MY
  • Pengendali pertaruhan yang dipercayai
  • Siaran langsung disediakan
  • Pembayaran pantas dan selamat
2
1xBet MY
  • Layanan pelanggan 24/7
  • Lesen pertaruhan Curacao
  • Sokongan aplikasi mudah alih
3
Pinnacle MY
  • Kemungkinan yang kompetitif
  • Pilihan pertaruhan sukan yang luas
  • Antara pengendali yang paling dipercayai
4
Stake.com MY
  • Pengesahan dua faktor
  • Pilihan kripto yang luas
  • Permainan kasino eksklusif
5
BC.GAME MY
  • Program perataan VIP
  • Lebih 90+ mata wang kripto
  • Sembang langsung dengan komuniti

Petua Pertaruhan Fantasi

Dengan menggunakan lima petua unik dibawah, anda boleh meningkatkan strategi anda untuk pertaruhan fantasi Dota 2, membuat pilihan yang lebih termaklum dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

  1. Pelbagaikan Peranan Pemain – Pastikan anda mempunyai gabungan pemain yang seimbang daripada peranan yang berbeza. Mempelbagaikan senarai anda membantu memaksimumkan potensi mata.
  2. Pantau Borang dan Statistik Pemain – Pemain yang bermain dengan baik secara konsisten dalam perlawanan terkini berkemungkinan besar akan menjana mata untuk anda.
  3. Nilaikan Perlawanan Dan Rentak – Semak statistik head-to-head pasukan. Selain itu, permainan yang lebih panjang menghasilkan mata yang banyak kerana lebih banyak kills dan assists dijana.
  4. Pertimbangkan Meta dan Keutamaan Wira – Fahami meta semasa dan cara ia mempengaruhi prestasi pemain. Pantau arah aliran draf dan sama ada pemain ini mendapat pilihan keselesaan mereka.
  5. Perhatikan Jadual Kejohanan – Pemain yang mengambil bahagian dalam lebih banyak perlawanan dalam tempoh tertentu mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapatkan mata.

Akhir Kata

Sememangnya, pertaruhan fantasi Dota 2 adalah satu cara yang unik untuk berjudi dan berhubung dengan pemain kegemaran anda. Ia memerlukan pemahaman dan daya pemikiran yang kritikal. Selain itu, anda juga perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam mengenali pasukan-pasukan profesional untuk membina draft yang terbaik.

Soalan Lazim

Anda hanya boleh bina satu pasukan fantasi bagi setiap liga fantasi. Namun, anda boleh menyertai beberapa banyak liga yang anda boleh temui.

Kebiasaannya, sistem draft akan memilih pemain-pemain secara automatik. Kami perhatikan bahawa sistem tersebut akan memilih pemain dengan mata purata tertinggi yang masih sedia ada.

Ya, semestinya. Anda akan bermain untuk baki-baki perlawanan yang ada dengan mata kosong.

Brendy
31 artikel-artikel
Brendy ialah seorang pemain video game yang gemar bermain pada pelbagai jenis konsol. Minatnya terhadap permainan video juga diterjemahkan ke dalam kerjayanya, yang memfokuskan pada pemasaran IP terkenal di Eropah. Beliau percaya bahawa pengalaman permainan boleh dipertingkatkan melalui komuniti dalam talian yang kukuh. Oleh itu, beliau kerap menulis kandungan berkaitan Esukan sebagai penulis bebas.
18+ | Please play responsibly | Terms and Conditions apply | Commercial Content