18+ | Please play responsibly | Terms and Conditions apply | Commercial Content

Kenyataan Privasi

Pengenalan

Kenyataan Privasi ini adalah penting untuk pelawat laman web kami agar anda faham bagaimana kami memproses data peribadi anda yang diperolehi melalui penggunaan laman web ini. Kami sarankan anda untuk membaca dengan teliti setiap ruangan Kenyataan Privasi ini untuk memaklumkan diri anda tentang cara kami menggunakan dan memproses data peribadi anda.

Data peribadi ialah segala maklumat tentang anda yang boleh mengecam anda sebagai manusia biasa. Kenyataan Privasi ini tidak tertakluk kepada proses-proses yang boleh berlaku pada laman web lain.

Kenyataan Privasi ini sah sejak 1 Mac 2022, tetapi ia boleh diubah suai dan dikemas kini dari semasa ke semasa. Jika perubahan atau pengemas kinian yang penting berlaku, ia boleh memberi impak pada hak dan kewajipan anda mengenai pemprosesan data peribadi anda. Apabila ini berlaku, anda akan dimaklumkan terlebih dahulu agar anda boleh memeriksa perubahan sebelum ia mula berkesan. (Contoh: jika kami bergantung pada tujuan baharu untuk pemprosesan data, melancarkan khidmat baharu atau membangunkan teknologi baharu yang akan memberi kesan yang ketara pada cara kami proses data anda).

Data kami proses

Apabila anda kunjung laman web kami, kami memproses (atau mungkin memproses) beberapa data peribadi anda yang kami kumpulkan melalui kuki atau teknologi serupa. Kami mungkin kumpul dua kategori data peribadi:

Data Pengenalan Elektronik

Maklumat mengenai masa dan tarikh anda akses laman web kami, alamat IP anda dan jenis penyemak imbas serta versinya pada peranti anda, sistem operasi yang anda gunakan, pengecam peranti unik dan maklumat mengenai pembekal rangkaian anda.

Data interaksi anda dengan laman web rakan kongsi kami

Maklumat mengenai interaksi anda dengan laman web rakan kongsi kami – sama ada anda kunjung, daftar diri atau ambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti permainan dalam mana-mana laman web rakan kongsi kami. Maklumat ini akan diproses dalam tahap agregat (bersama maklumat serupa diperolehi dari pengguna lain), dan it tidak boleh dipautkan kepada pengecaman anda.

Kenapa kami proses data anda (Asas undang-undang)

Asas undang-undang kami untuk memproses data peribadi anda ialah kepentingan yang sah untuk menambah baik produk dan perkhidmatan kami. Kami proses data peribadi anda untuk memberi khidmat kami kepada anda, untuk tingkatkan pengalaman pengguna secara menyeluruh, untuk terus berkembang, melindungi dan mengekalkan kefungsian tetap laman web kami dan untuk mengelakkan ancaman yang mungkin berlaku.

Kami proses alamat IP peranti yang anda gunakan untuk membolehkan komunikasi antara peranti anda dan pelayan kami, serta untuk memastikan anggaran geo-lokasi anda yang mungkin kami gunakan untuk penyesuaian perkhidmatan (sebagai contoh untuk memberi kandungan sesuai dengan pilihan bahasa anda dan kandungan pertaruhan dan perkhidmatan yang sah di negara anda). Kami juga menggunakan maklumat ini untuk tujuan analitik (seperti mengira berapa ramai pelawat dari negara/rantau tertentu yang mengunjung laman web kami).

Pemprosesan maklumat mengenai penyemak imbas dan sistem operasi yang anda gunakan ialah penting untuk memastikan penyediaan perkhidmatan kami secara tetap kepada anda. Selain itu, kami mungkin memerlukan data seperti ini untuk menyelesaikan masalah teknikal jika ia timbul.

Kami juga mungkin memproses data mengenai aktiviti-aktiviti yang anda buat pada laman web rakan kongsi kami. Maklumat seperti ini akan dikumpulkan dengan data serupa lain untuk bantu kami cipta statistik mengenai penggunaan perkhidmatan kami. Ini adalah penting untuk tujuan sah pengiraan pendapatan kami.

Bagaimana kami guna kuki

Apabila anda kunjung laman web kami, penyemak imbas anda akan menerima kuki dari kami Dengan penggunaan kuki, kami hasrat untuk menyediakan pengalaman dalam laman kami yang terbaik kepada semua pelawat laman web kami. Penggunaan kuki akan membolehkan penambah baikkan fungsi-fungsi laman web, promosi produk-produk kami dan penghantaran kandungan dari pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami guna kuki, sila baca Dasar Kuki kami.

Bagaimana kami lindung data anda

Kami sentiasa memastikan bahawa data anda sentiasa dikemas kini dan disimpan dengan selamat. Demi mencapai maklamat itu, kami menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang berbeza untuk memastikan pelindungan data peribadi anda daripada kerugian yang tidak disengajakan atau menyalahi undang-undang, pengubahan, kecurian, pendedahan atau akses tanpa kebenaran, penggunaan tanpa kebenaran, potensi pelanggaran data dan terhadap semua bentuk pemprosesan data yang menyalahi undang-undang yang lain.

Berdasarkan keperluan perniagaan dan keperluan keselamatan, kami meletakkan had kepada akses kawalan kepada data peribadi anda. Akses kepada data peribadi anda hanyalah diberikan kepada kakitangan terlatih dengan kebenaran, yang pengetahuan dan kemahiran mereka diperlukan untuk memproses data peribadi yang kami kumpulkan dengan secukupnya.

Subjek data dan pengawal data

Sebagai pelawat laman web kami, ia adalah penting untuk anda faham peranan anda di bawah Undang-undang Perlindungan Data yang berkaitan, iaitu Perundangan Perlindungan Data Umum (‘GDPR’). Disebabkan pemprosesan data peribadi yang boleh berlaku di laman web ini ialah mengenai data peribadi anda, anda berhak untuk melaksanakan hak asasi manusia tertentu yang dijamin oleh Perundangan Perlindungan Data EU dan yang diterangkan dalam Kenyataan Privasi ini.

Berdasarkan GDPR, pengawal data ialah satu entiti yang menentukan tujuan-tujuan, terma-terma, dan cara-cara pemprosesan data peribadi. Dengan mengambil kira bahawa kami mempunyai kawalan ke atas data peribada anda (kami tentukan tujuan dan cara pemprosesan data), kami adalah dianggap sebagai pengawal data. Kami menjadi pengawal data dapat memberikan kami peluang untuk proses data peribadi anda, tetapi juga mewajibkan kami untuk melindunginya secara terkawal melalui perundangan pelindungan data tertentu.

Hak-hak anda

  • Hak untuk akses: Anda mempunyai hak untuk meminta salinan maklumat peribadi anda yang kami simpankan.
  • Hak untuk pembetulan: Anda mempunyai hak untuk memohon pembetulan atau pembuangan data peribadi anda yang anda jamin tidak benar.
  • Hak untuk dilupakan: Juga dikenal sebagai hak pelupusan, membenarkan anda untuk memohon dari kami untuk melupuskan dan membuang data peribadi anda yang kami pegang. Ia boleh berlaku dalam pelbagai kes: apabila data tidak lagi diperlukan untuk tujuannya dikumpul, apabila anda menarik diri persetujuan dan tidak ada lagi asas perundangan yang kami boleh tersukan untuk prosesnya, apabila anda membantah untuk pemprosesan dan tidak ada lagi alasan sah untuk meneruskan, apabila data tidak diproses secara sah atau apabila data harus dilupuskan untuk pematuhan dengan kewajipan undang-undang.
  • Hak untuk had pemprosesan: Anda mempunyai hak, dalam situati terhad, untuk memohon kami untuk mengehadkan penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda.
  • Hak untuk bantah pemprosesan: Anda mempunyai hak, dalam situati terhad, untuk bantah pemprosesan data peribadi anda.
  • Hak untuk mudah alih data: Anda mempunyai hak untuk meminta penghantaran data peribadi anda yang kami proses kepada entiti lain, tanpa halangan daripada kami, jika penghantaran sedemikian secara teknikal boleh dilaksanakan.
  • Hak untuk tarik persetujuan: Anda mempunyai hak untuk menarik persetujuan anda pada bila-bila masa kami bergantung padanya untuk memproses maklumat peribadi anda, tanpa memberi kami sebarang alasan dan sebab.
  • Hak untuk buat aduan: Anda mempunyai hak untuk buat aduan dengan penguasa tempatan atau Pihak Berkuasa Perlindungan Data Denmark jika anda rasa hak anda dilanggar. Jika anda rasa bahawa hak data peribadi anda dilanggar atau jika anda mempunyai keraguan dan sebarang soalan mengenai pemprosesan data peribadi anda di laman web kami, atau jika anda ingin menghantar kami kebimbangan mengenai hak anda, anda boleh hubungi kami pada: [email protected]

Disebabkan kami ditubuhkan di Denmark, anda boleh memilih untuk hubungi Agensi Perlindungan Data Denmark – Alamat: Datatilsynet, Borgergade 28, 5, DK-1300 Copenhagen K;

Penerima pihak ketiga yang kami kongsikan data anda

Kami mungkin perlu kongsikan data peribadi anda kepada entiti-entiti pihak ketiga. Entiti-entiti ini bantu kami untuk sentiasa menyediakan dan membangunkan perkhidmatan kami (contoh: analitik, penyelenggaraan, pemasaran, pembangunan, penambah baikkan fungsi). Seperti tertera dibawah GDPR, pihak ketiga tersebut dikelaskan sebagai pemproses data. Pemproses data terlibat dalam pemprosesan data peribadi atas asas persetujuan perlindungan data tertentu, dimana ia dicipta untuk memastikan data peribadi anda ialah selamat dan terkawal.

Data peribadi anda mungkin dikongsi dengan pihak berkuasa awam dan agensi penguatkuasa undang-undang apabila ia harus dilakukan dan apabila kami diwajibkan dah dibenarkan untuk melakukannya.

Pemindahan kepada penerima dari negara Ketiga

Jika kami pindahkan data peribadi anda kepada penerima yang berdaftar di ‘negara Ketiga’ (luar Kawasan Ekonomi Eropah), kami akan pastikan data anda dipindahkan secukupnya dan selamat, menurut Undang-undang Perlindungan Data yang berkenaan.

Terdapat dua kategori penerima negara ketiga yang data anda mungkin dipindahkan kepada:

  • Penerima dari negara yang dianggap mempunyai tahap perlindungan data yang mencukupi, diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah. Senarai negara yang menyediakan tahap perlindungan data yang mencukupi tersedia di sini.
  • Penerima dari negara yang tidak mempunyai tahap perlindungan data yang mencukupi, menurut Suruhanjaya Eropah. Dalam kes ini, kami akan menggunakan kontrak (Perjanjian Perlindungan Data) yang memerlukan penerima melindungi data peribadi anda menggunakan piawaian yang sama seperti dalam EEA dan melaksanakan perlindungan yang sesuai seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan, dan khususnya GDPR .
18+ | Please play responsibly | Terms and Conditions apply | Commercial Content