18+ | Please play responsibly | Terms and Conditions apply | Commercial Content

Jenis Pasaran Pertaruhan Dota 2 Bagi Jul 2024

Bagi mereka yang ingin bertaruh pada Dota 2, mengenali jenis pertaruhan adalah sama penting seperti memahami cara bermain. Artikel pasaran pertaruhan Dota 2 ini dapat memberikan pendahuluan penting kepada petaruh berpengalaman dan juga baharu. Kenali jenis-jenis pertaruhan yang umum, pertaruhan prop, dan juga perjudian fantasi bagi judul esukan tersebut.

Kebiasaannya, adalah sukar untuk temui jenis pasaran pertaruhan esukan yang sama merentasi judul yang berbeza-beza. Anda mungkin boleh temui jenis perjudian yang sama bagi genre permainan yang sama seperti First Blood bagi judul-judul MOBA. Dengan itu, kami telah menyelidik dan sediakan pasaran pertaruhan Dota 2 yang paling umum dan digemari oleh pemain.

Bertaruh Pada Hasil Perlawanan

Ini adalah jenis pertaruhan esukan yang paling umum dan boleh ditemui dalam hampir semua judul, anda hanya perlu memilih siapa yang bakal memenangi perlawanan. Namun, anda juga mungkin perlu faham bahawa dalam judul tersebut, terdapat pelbagai format seperti Bo1, Bo3, atau Bo5. Bergantung kepada format, keputusan pemenang akan diputuskan selepas satu, tiga, atau lima pusingan.

Kami juga dapati bahawa beberapa penganjur kejohanan Dota 2 lebih gemari format Bo2 yang menggunakan 2 pusingan sahaja. Dengan itu, hasil seri juga adalah salah satu kemungkinan yang disediakan dalam pasaran ini.

Pasaran Pertaruhan Dota 2 di BC.GAME

Hasil Perlawanan BC.GAME – Tangkapan Diambil Pada 20/05/2024

Hasil Perlawanan Dengan Handicap

Seperti pertaruhan sukan, buku e-sukan juga akan seimbangkan pasaran jika suatu perlawanan dianggap mudah bagi satu pihak. Walaupun pasaran ini adalah antara pasaran yang mudah untuk difahami, ia mungkin sukar bagi judul Dota 2. Disebabkan setiap Dota 2 schedule mempunyai format berbeza-beza, anda mungkin keliru bagaimana pasaran handicap dapat digunakan.

Sebagai contoh, platform judi mungkin tentukan peluang handicap 1.5 jika pasukan XG Xtreme Gaming (pasukan kegemaran) bakal menentang pasukan Underdog. Dengan itu, bertaruh untuk XG Xtreme Gaming bermaksud anda percaya bahawa pasukan itu akan menang dengan hasil perlawanan 2-0 di dalam format Bo2. Jika hasil perlawanan adalah 2-1, maka anda akan kehilangan taruhan anda kerana hasil perlawanan akan dianggap 0.5-1 memihak pasukan Underdog.

Bertaruh Pada Statistik Kejohanan

Pasaran pertaruhan Dota 2 ini tidak berkaitan dengan aspek dalam suatu perlawan khusus. Anda boleh bertaruh pada aspek seperti hero paling banyak dipilih, hero paling banyak di-banned, hero dengan GPM (gold per minute) paling tinggi, dan statistik-statistik lain. Dengan itu, petaruh diperlukan untuk membuat pertaruhan sebelum suatu Dota 2 tournament, seperti The International, bermula. Namun, jangan dikelirukan pasaran ini dengan pertaruhan prop.

Pertaruhan Prop Dalam Judi Dota 2

Anda juga boleh temui jenis perjudian prop (proposition) dalam pasaran pertaruhan Dota 2. Ia adalah sejenis pertaruhan pada peristiwa yang tidak mempengaruhi hasil perlawanan secara langsung. Secara amnya, pasaran ini adalah lebih kurang sama seperti bertaruh pada statistik kejohanan namun ianya adalah lebih khusus pada setiap perlawanan. Dengan itu, berikut adalah beberapa pasaran prop yang terkenal antara penggemar pertaruhan esukan.

Roshan Pertama

Dalam jenis pertaruhan ini, adalah penting bukan sahaja untuk mempertimbangkan keseimbangan kuasa tetapi juga untuk menentukan sama ada Roshan akan terbunuh semasa permainan. Bagi mereka yang tidak begitu kenal judul Dota 2, adalah creep neutral yang berkuasa, mirip dengan Lord dalam siri Mobile Legends.

Dalam pasaran ini, anda hanya perlu memilih pasukan mana yang bakal membunuh Roshan buat kali pertama dalam suatu perlawanan. Kami sarankan anda untuk membuat penyelidikan mengenai komposisi pasukan serta statistik-statistik pemain. Ini akan memberikan maklumat seperti siapa yang lebih kerap mengejar Roshan atau hero mana berpeluang untuk membunuh Roshan terlebih dahulu.

Jumlah Menara/Kills

Pertaruhan jumlah adalah terkenal dalam pasaran prop terutamanya bagi kategori jumlah Tower dimusnah atau jumlah Kills didapati oleh setiap pasukan. Ini kerana kedua-dua aspek tersebut adalah elemen utama dalam mana-mana perlawanan MOBA. Anda hanya perlu bertaruh pada jumlah yang bakal didapati oleh mana-mana pasukan pilihan anda.

Oleh kerana setiap perlawanan hanya ada enam menara, ia dianggap lebih mudah untuk bertaruh pada jumlah menara. Namun, jika anda bertaruh pada jumlah Kills, kami sarankan anda untuk menyelidik corak permainan setiap pemain terlebih dahulu.

Pasaran jumlah kills Dota 2 di Stake.com

Jumlah Kills Stake.com – Tangkapan Diambil Pada 20/05/2024

First Blood

Mendapati darah pertama dalam perlawan Dota 2 bermaksud membuat pembunuhan pertama pada mana-mana hero pihak lawan. Anda boleh jangkakan jenis pertaruhan ini akan berakhir dengan pantas kerana secar purata, first blood kebiasaannya dilakukan dalam 7 minit pertama permainan. Namun, walaupun ia adalah sangat pantas, anda mungkin memerlukan banyak masa untuk membuat taruhan.

Kami perhatikan bahawa analisis corak permainan dan tahap agresif setiap pasukan atau pemain akan membantu anda membuat tindakan termaklum. Sentiasa pertimbangkan keutamaan pasukan pada permulaan perlawanan termasuk statistik darah pertama mereka.

Pertaruhan Fantasi Dota 2

Dalam format pertaruhan esukan ini, anda diperlukan untuk memilih pemain-pemain yang terlibat dalam suatu Dota 2 tournament. Bergantung kepada gaji maya yang ditentukan, anda bebas untuk memilih mana-mana pemain merentasi pasukan. Mata anda akan dikumpul melalui prestasi pemain pilihan anda seperti pembunuhan, bantuan, dan juga memenangi perlawanan.

Dengan itu, pertaruhan fantasi Dota 2 adalah antara cara terbaik bagi petaruh esukan untuk berhubung dengan pemain kegemaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel fantasi Dota 2 kami atau artikel pertaruhan fantasi yang lagi umum.

Laman Pertaruhan Dota 2 Terbaik

Mencari laman pertaruhan terbaik bagi judul Dota 2 adalah sangat penting. Anda harus utamakan elemen-elemen seperti pasaran pertaruhan yang disediakan, kesaingan kemungkinan, dan juga penstriman langsung. Berikut adalah laman-laman pertaruhan esukan yang kami syorkan.

1
bet365 MY
  • Pengendali pertaruhan yang dipercayai
  • Siaran langsung disediakan
  • Pembayaran pantas dan selamat
2
1xBet MY
  • Layanan pelanggan 24/7
  • Lesen pertaruhan Curacao
  • Sokongan aplikasi mudah alih
3
Pinnacle MY
  • Kemungkinan yang kompetitif
  • Pilihan pertaruhan sukan yang luas
  • Antara pengendali yang paling dipercayai
4
Stake.com MY
  • Pengesahan dua faktor
  • Pilihan kripto yang luas
  • Permainan kasino eksklusif
5
BC.GAME MY
  • Program perataan VIP
  • Lebih 90+ mata wang kripto
  • Sembang langsung dengan komuniti

Petua Pertaruhan Dota 2

Anda boleh membuat keputusan yang lebih termaklum dan berpotensi meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam pertaruhan esukan Dota 2. Sentiasa ingat untuk bertaruh secara bertanggungjawab dan mengikut kemampuan anda. Berikut adalah lima petua unik yang kami sediakan untuk petaruh berpengalaman dan juga baharu.

  1. Analisis Dinamik Pasukan dan Perubahan Jadual – Pasukan yang mempunyai sinergi yang lebih baik sering mengatasi mereka yang mempunyai bakat individu tetapi koordinasi yang lemah. Sebelum membuat pertaruhan, semak sama ada terdapat perubahan terkini pada barisan pasukan dan cara perubahan ini boleh menjejaskan prestasi mereka.
  2. Fahami Anjakan Meta dan Kemas Kini Patch – Meta Dota 2 boleh beralih dengan ketara dengan patch baharu. Sesetengah pasukan menyesuaikan diri dengan cepat kepada meta baharu, sementara yang lain bergelut. Kekal dikemas kini pada nota patch terkini dan perhatikan prestasi pasukan yang berbeza di bawah keadaan baharu.
  3. Periksa Sejarah Kepala ke Kepala – Semak sejarah perlawanan antara pasukan. Sesetengah pasukan mungkin mempunyai kelebihan psikologi atau strategi khusus yang secara konsisten bekerja menentang lawan tertentu.
  4. Menilai Format Dan Risiko Kejohanan – Format kejohanan yang berbeza boleh memberi kesan ketara kepada prestasi pasukan. Pasukan mungkin bermain secara berbeza dalam perlawanan berkepentingan tinggi berbanding perlawanan berkepentingan rendah.
  5. Pertimbangkan Faktor Luaran – Ambil kira sebarang faktor luaran seperti keletihan perjalanan, kesihatan pemain dan prestasi pasukan dalam acara LAN berbanding acara dalam talian. Pasukan mungkin menunjukkan prestasi yang berbeza berdasarkan syarat ini.

Akhir Kata

Anda boleh temui pelbagai pasaran pertaruhan Dota 2 dalam mana-mana platform perjudian esukan terbaik. Dengan pendahuluan dari artikel kami, anda mungkin bersedia untuk memulakan pertaruhan esukan anda. Pastikan anda memilih laman buku esukan yang sesuai dengan keperluan anda.

Selain itu, kami juga sarankan anda untuk mengikuti lima petua yang telah kami sediakan agar anda dapat membuat taruhan yang termaklum. Akhir sekali, pastikan anda bertaruh dengan penuh tanggungjawab.

Soalan Lazim

Kami tidak sarankan untuk bertaruh pada pasukan yang terbaik sahaja kerana Dota adalah esukan yang dinamik. Setiap perlawanan adalah berbeza-beza dan mungkin membawa hasil yang mengejutkan. Namun, kami dapati bahawa pasukan OG dan Gaimin Gladiators adalah antara kegemaran peminat.

Anda boleh temui pelbagai tawaran dan promosi yang mungkin sesuai dengan keperluan esukan anda. Kami syorkan anda untuk merujuk promosi-promosi esukan BC.GAME, Pinnacle, dan juga Stake.com.

Tidak. Pertaruhan esukan adalah unik kerana setiap judul mempunyai mekanik permainan yang berbeza-beza. Anda boleh jangkakan pasaran pertaruhan yang eksklusif bagi setiap judul esukan yang lain.

Brendy
31 artikel-artikel
Brendy ialah seorang pemain video game yang gemar bermain pada pelbagai jenis konsol. Minatnya terhadap permainan video juga diterjemahkan ke dalam kerjayanya, yang memfokuskan pada pemasaran IP terkenal di Eropah. Beliau percaya bahawa pengalaman permainan boleh dipertingkatkan melalui komuniti dalam talian yang kukuh. Oleh itu, beliau kerap menulis kandungan berkaitan Esukan sebagai penulis bebas.
18+ | Please play responsibly | Terms and Conditions apply | Commercial Content